Wednesday, March 13, 2013

Sungguh, Aku Jatuh Cinta 8

Assalamualaikum
Semua entry terdahulu e-novel SAJC zz dah revert yer.
Sekarang ZZ masukkan entri SAJC versi edit punya.
Selamat membaca.

Bab 8
Suratan atau kebetulan?
            Aku telan liur yang terasa tidak tertelan. Kesat terasa anak tekak. Mata masih lagi tidak kalih daripada subjek yang dipandang. Bertentang mata dengan pemilik yang langsung tiada segaris senyum. Tajam dan tembus terus ke dasar hati. Sorotan matanya memanglah menakutkan. Sekali pandang, gaya seorang suami tangkap isteri yang main kayu tiga!
Gaya tu macam aku ada buat salah aje. Apa salah aku?
“Am…” sapa aku padanya yang masih lagi tajam memandang ke arah aku. Huish, seramnyalah.
“Tak kerja ke?” ni kira mood aku dah baiklah boleh nak beramah tamah sikit. Tapi, dia masih lagi diam. Uiks, aku cakap dengan lantai Alamanda ker ni? Hello... mahu kena ketuk kepala ker? Tengok aku macam tak pernah tengok perempuan. Lama-lama dia mengeluh. Aci bisu pulak Dr. Am sorang ni. Ker aku yang salah orang? Pelanduk tujuh serupa? Okey, ambil aje premis pertama, aku salah orang. Dipanggil tidak bersahut, nak diseru karang jadi lain pulak. Aku jungkit bahu sebelum kaki mula menghayun langkah.
“Calon suami Nani ke?” tanya lelaki ini yang santai mengenakan tee Polo berwarna biru langit dan seluar khakis. Langkahku terhenti. Ooh, ada suara rupanya. Ingatkan nak aci bisu je tadi. Nak angguk atau geleng?
Hati kata, jawab yang jujur.
Akal kata, sekali sekala mengusik anak teruna orang.
Haah! Kome buang tebiat Nani!
Jangan cari pasal Nani, pesan hati.
“Kalau ia kenapa dan kalau tak kenapa juga?” tuan doktor gariskan senyum pahit. Nafas kasar dia helakan. Rambutnya disisir ke atas.
“Kalau ia, maknanya selamat berbahagialah untuk cik Nani.” Ujarnya dengan nada serupa orang putus cinta. Aku sembunyi tawa. Alahai, tuan doktor yang sorang nih. Mulalah gen sakat keji nak bermahajalela. “Kalau tak?” tanyaku lagi.
Kau memang suka cari pasalkan Nani. Lamanyalah gen mengusik sakat keji dalam diri tak digunakan. Entah kena hembus angin apa sampaikan aku dah lebih had malam ni.
Dia panggungkan kepala. “Kalau tak, maknanya Am ada peluanglahkan?” katanya sambil sengih nakal. Tawa kecilku terhambur juga.
“Peluang untuk apa?” tanyaku padahal aku sudah faham sebenarnya. Langkah santai kami atur bersama-sama.
“Naik rumah duduk bersila, dah tau buat tanya pula.” Hah, amik kau Nani. Berpantun bagai, ini doktor perubatan atau doktor sastera? Aku buat muka pelik, langkah terhenti tiba-tiba sedangkan tuan doktor masih lagi berjalan ke hadapan. Lama aku pandang tubuh di hadapan aku. Ini ker pemunya hikayat baru untuk aku?
“Yang besar bot yang kecil sampan, fikir jauh cari jawapan? Sekerat lagi pantun singgah di gegendang telingaku. Tersentak. Jauhnya aku fikir. Rasa malu pula sampaikan tuan doktor boleh patah balikpun aku tidak sedar. Betullah, kalau kena culik memang percuma aje.
“Kucing comel saya sayang, terjun tingkap curi ikan, jatuh cinta jatuh sayang, lelaki terpilih calon pilihan.” Mulalah merapu. Ingat dia sorang khatam buku kesusasteraan melayu agaknya. Muka dah macam kena simbah dengan sos cili lingam dah ni. Dah gila agaknya, berpantun-pantun di khalayak awam. Ingat pertandingan Pantun Piala KPPA gamaknya.
“Erm...” Wajahnya pantas berubah menjadi sekeruh yang mungkin. Tuan doktor berpusing dan mula mengatur langkah meninggalkan aku dengan lesu.
“Tunggulah...” kata aku sambil turut mengambil langkah menyaingi lelaki itu.
Bisu. Kedua-dua kami mati kata. Aku dengan segala neuron yang sedang bersimpul mahu menganalisakan situasi dan tuan doktor? Mungkin juga tengah menghadam apa yang aku maksudkan.
“Itu bos Nani lah.” Gumamku perlahan.
Langkahnya terus terhenti. Mujur aku sempat brek kecemasan. Kalau tak, mahu aku tercium dadanya tu. DNA sakat keji warisan makin galak. Tengok muka tuan doktor, pecah tawaku. Cepat-cepat aku tutup mulut. Kurang sopannya anak dara siapa ni. Kalaulah ada mak dekat sini, mahu berbekas peha aku kena cubit agaknya.
“Kenapa ketawa?” tanyanya sambil mata sudah kalih ke arah kedai Mother Care. Aku tidak menjawab, sebaliknya mata macam ditarik-tarik untuk meninjau kedai itu. Ada sale la pulak. Bilalah boleh shopping barang-barang untuk anak sendiri. Ini asyik shopping barang untuk hadiah anak orang aje. Nak anak sendiri, senang aje. Jalannya mudah, nikah. Dengan siapa? Dengan…err tak tau. Okey, drop the subject!
            “Bukan calon suami?” soalan dijawab dengan soalan. Dan aku terperasan jugak, tuan doktor suka guna terminalogi calon suami, bukan pakwe, bukan boyfriend! Macam banyak sangatlah calon suami aku.
Aku geleng. Ketawa masih lagi bersisa.
“Sungguh?”kali ini matanya bersinar. Aiseh, di tengah-tengah jalan ni. Karang kena perli percuma saja. Kut iyer pun nak buat drama untuk slot Zehra TV3, janganlah di sini. Di tengah khalayak awam dan aku sudah nampak ada makchik-makchik yang terjuih-juih mulut berbisik dan memandang aku dengan tuan doktor dengan kening terangkat sebelah!
“Rasanya dah nak masuk waktu. Saya nak minta diri dululah.” Pintaku dengan lembut. Untuk berbahas siapa tuan insiyur dengan tuan doktor buat penat aje. Hajat nak menyakat orang, silap haribulan aku yang tersakat dekat hati sendiri. Bak kata Along Afiq Hafizi dalam novel 5 Tahun 5 Bulan, susah nak berbahasa dengan orang yang tak reti nak berbahasa.
“Nani... nanti dulu.” Tegahnya pada aku yang sudah memulakan langkah. Aik,main tahan-tahan tengah jalan. Terlebih analisa penyakit sampaikan dah tak boleh nak fikir tindakan yang rasional agaknya.
Langkahku terhenti lagi. Aku pandang wajah ceria itu. Tadi keruh, kemudian ceria. Dia kulum senyum. “Jawapan Nani?” gaya macam budak-budak kecil minta gula-gula sebiji.
“Apa dia?”tanyaku pelik.
“Nani sudah ada calon suami?” mendengar soalan itu, aku mengeluh. Sepanjang minggu ini soalan itu asyik menerjah dalam hidup aku. Bukan dia sahaja, malah budak-budak serumah juga silih berganti soalan yang sama. Kempen siapa bakal suami cik Nani tengah berlangsung.
Lama aku terdiam. Jam ditangan aku kerling. Bila-bila masa sahaja azan akan berkumandang. Lelaki di hadapan aku masih lagi menanti kata di bibir aku. “Calon ramai. Semua lelaki yang bujang dan berkelayakan boleh jadi calon suami saya.” Jawapan konkrit dah aku rasa.
“Berkelayakan?” soalnya semula pada aku sambil jemari mengetuk pelipis. Aku menghela nafas yang berat. Herm... masih ada lagi rasa tidak puas hati dia.
“Rasulullah telah bersabda : 'Perempuan itu dinikahi kerana 4 perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama. Nescaya kamu akan bahagia”
Matanya tenang. Lidahnya kembali menuturkan kata. “Bukankah itu garis yang Rasul letak untuk mencari isteri solehah?” aku gariskan senyuman.
“Tidak salah kalau panduan itu digunakan untuk mencari suami idaman.”
Belum sempat dia membuka mulut, azan maghrib sudah berkumandang. Senyumku masih lagi bersisa. Langkah kaki aku bawa ke surau di Alamanda. Meninggalkan tuan doktor tanpa menoleh lagi. Kalau aku toleh, agak-agak jadi macam filem Hindustan tak? Hero beria mengharapkan heroin kalih. Nak kalih atau tak? Tapi, dah la meninggalkan dia terkebil-kebil. Tak baiknya kome ni. Hai, susah betullah... kaki jejak escalator, dan automatik aku kalih.
Mak ai... Dia kenyit mata!
Gila!

Sebaik sahaja aku membolosi pintu ruangan solat, aku sudah nampak batang tubuh Doktor Am yang sedang tegak berdiri sambil matanya membelek telefon. Aku jadi serba salah. Nak ikut jalan lain, sempat jker sedangkan jarak aku dengannya hanyalah beberapa langkah sahaja. Takkan dia nak tuntut jawapan daripada aku lagi. Tangan sudah spontan menggaru-garu kepala yang bertudung pashmina.
Mulalah hati berperang! Situasi yang amat aku tak suka. Cepat-cepat aku aturkan langkah namun kian perlahan bila aku dengar ada derap kaki yang laju menghampiri. “Nani...tunggulah.” adeh! Nampak jugak tu. Dia ni kan, mata ada berapa sebenarnya?
“Saya nak ke masjid ni.” Wah, tulus betullah aku. Siap bagitahu hala tuju, sedangkan lelaki itu belum lagi tanya.
“Temankan saya ke MPH.” Pintanya lembut. Aku lah, memang payah nak kata ‘tak’. Kelemahan aku yang selalu memakan diri. Nak-nak bila yang meminta dengan suara yang ala-ala merayu begitu. Lemah betul.
“Nak buat apa kat sana?” tanyaku lemah.
“Saya nak beli cinta.” Dia tarik sengih nakal. Lagi sekali aku terkena! Aku buat muka. Main-main je tuan doktor ni. Hati kata, tak payah ikut. Tapi, langkah kaki laju ke arah MPH! Memang tak bekerjasama betul anggota tubuh badan aku ni.
Laju sahaja aku menuju ke arah rak yang memuatkan novel-novel. Satu demi satu aku angkat belek, letak, angkat yang lain, belek lagi. Deretan novel membuatkan jantung berkocak hebat. Rambang mata sudah! Ini yang tak nak datang MPH! Menggoda nafsu untuk bershopping sakan dan juga duit dalam purse sudah tumbuh sayap mahu terbang ke kaunter.
“Erm...perempuan dengan novel langsung tak boleh dipisahkan.” Aku jeling je bila dengar komen yang menyentuh sensitiviti aku sebagai perempuan.
“Sama macam orang lelaki jugakkan.” Jawabku membalas sambil mata masih lagi pegun pada novel Hlovate Versus. Yang lain sudah sempat aku khatam, yang ini bolehlah masuk senarai bulan depan.
“Ye ker?” aku pandang wajah itu. Soalan yang membawa maksud; jum kita bahas!
“Cuba tengok dekat bahagian sebelah majalah.” Kataku sambil mata menjeling kea rah tempat majalah. Matanya juga kalih kea rah yang berhampiran dengan bahagian novel.
“Majalah keretalah, majalah motorlah...” luahku sambil sembunyi senyum.
“Tu semua kaum adam. Sibuk betul menelek majalah, akhirnya elok-elok kereta kancil terus transform jadi Optimus Prime.” Tawa kecil yer tuan doktor.
“Membaca kan jambatan ilmu. Modefied kereta bukan selalu” pantun lagi. Aku tarik sengih nakal. Yes! Tuan doktor sudah hilang hujahkah? Silap besarlah, yang nak diajak berbahas adalah pembahas universiti. Adeh! Resume lengkap teman, kome belum sepat review lagi ye?
“Nak beli ke?” tanya dia. Aku geleng. Tengah bulan ni gila isim kut kalau aku tiba-tiba sanggup nak laburkan duit yang hanya cukup-cukup untuk belanja sampai akhir bulan.
“Tunggu dekat luar. Saya nak bayar.” Aku angguk. Sekadar membelek dan angan-angankan senarai bahan bacaan untuk bulan hadapan.
“Nani nak ke mana?” tanyanya yang membimbit beg plastic MPH mendapatkan aku yang sedang melihat sebuah novel terbaru terbitan Fajar Pakeer melalui cermin sahaja. Silap, tadi kenapa tak nampak. Macam best aje novel tu.
“Masjid.” Jawabku tanpa menoleh pandang kepada tuan doktor. 
“Nak ikut?” Hah! Bulat sudah mataku. Takkan nak jadi bayang-bayang aku pulak. Malam kan? Mana kau nak cari cahaya pulak. Aiseh! Putrajaya kan kaya dengan lampu-lampu neon romantika de amor. Apa yang kau merepek tu Nani?
“Buat apa?” Dia senyum. Sedekah!
“Nak ajak nikah. Nani sudi menikah dengan saya?” ton yang meruntun kalbu. Siap bisik tepi telinga. Geli! Tegak dah bulu romaku. Gila ker apa tuan doktor ni? Main pinang anak dara orang tepi MPH. Namun, apa yang pasti, lagi sekali aku terkena. Cepat-cepat aku langkah. Lagi lama aku dengan tuan doktor silap haribulan aku boleh jatuh cinta..brek kecemasan! Jatuh Cinta?!
Naaa...Terlalu awal! Silap haribulan, tuan doktor ni suami orang, tak pun tunang orang, paling-paling pun pakwe orang.
Jangan sangkut dengan salah orang Nani! Pesan cik hati. Baiklah, noted!

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan empat tahun sedang sakan bergelak gembira dengan adik lelakinya yang aku rasa berumur dekat dua tahun. Si ayah pula sedang mengawasi tingkah anak-anaknya manakala si ibu sedang duduk di atas hamparan tikar sambil menyediakan makanan.
Si kakak mengusik si adik. Mencubit pipi montel si adik. Apa lagi naik anginlah si adik tu. Cepat aje tangan nak mencubit badan si kakak. Lari keliling si kakak sambil ketawa terkekeh-kekeh. Jenuh si adik mengejar. Terhenti di sisi ayahnya. Si ayah melontarkan sebiji bola. Kaki si adik cepat aje menendang bola itu.
Terus sampai ke aku. Terkedek-kedek si adik datang dengan senyum comelnya.
“Nak…” tangan dihulur. Aku senyum. Aku dekatkan diriku lalu terus aku cium pipi montel itu. Si adik tu senyum lagi. Kali ini tersipu-sipu malu. Dia kalih ke arah ibu dan ayahnya. Kemudian kembali ke arah aku. “Nak…” rengeknya lagi. Aku hulurkan bola itu padanya. Diambil lalu ditendang terus kepada si kakak yang hanya memerhati sejak tadi.
Seronoknya jadi anak-anak kecil. Seronok pula dengan keletah anak-anak kecil di sini. Langsung tiada masalah. Santai dan bebas untuk buat apa sahaja. Aku hela nafas. Kaki masih lagi mengatur langkah. Lagi jarak dua meter aku bakal tawaf dataran Putra depan Masjid Putra ni. Dataran Masjid Putra seperti kebiasaan akan penuh dengan warga Putrajaya dan juga penduduk kawasan berhampiran. Tempat beriadah juga antara kawasan yang menjadi tumpuan pelancong di Putrajaya. Ada yang berbasikal, ada yang berroller blade malah ada juga yang mencari rezeki dengan menjual pelbagai mainan yang cantik di sini.
Aku labuhkan duduk di atas rumput yang berhadapan dengan pancuran air yang cantik berubah warna. Jadi ralit seketika.
“Nani...”sapaan yang menyentak aku. Eh, lupa pulak. Aku dekat sini berteman. Aku kalih dan mula anjak duduk bila lelaki yang masih lagi keruh wajahnya turut melabuhkan dirinya di sebelah aku. Haip! Jangan dekat sangat. Aku tak mengajak, dia yang suka-suka datang. Okeylah, dataran Putra tempat awam. Jadi, siapa aku nak menghalang langkahnya ke sini. Silap haribulan aku malu sendiri. Manalah tau, kut-kut dia ingat aku perasan sangat dia mengekor aku. 
“Nani memang suka budak-budak?”
Aku kerut dahi. Soalan apa maknanya ni? Sejak peristiwa tentang solat tadi aku jadi berhati-hati bila diaju soalan oleh tuan doktor ni. Soalan dia serampang dua mata. Salah faham memang terkulat-kulatlah sendiri.
“Siap cium anak siapa-siapa pulak tu..” sekali lagi aku kerut dahi. Budak lelaki umur dua tahun. Aku ulang, dua tahun yer. Takkan itupun boleh menimbulkan kes cemburu? Erk? Cemburu? Perlukah tuan doktor cemburu sedangkan antara aku dengan dia, entah apa-apa. Mungkin perkataan cemburu tu tak sesuai. Tapi… gaya bertanya tu lebih snipkel ke arah cemburu.
“Itu baru budak…” haih. Lipat maut aku kalih pada tuan doktor. Itu gaya apa pulak? Nak mengata aku ni suka-suka cium anak teruna orang pulak ker? Aku ni penat kerja belum sempat rehat, penat otak, penat hati dan penat lidah. Ni kalau tuan doktor cucuh sumbu dengan penunu Bunsen memang makan dalam jawapan aku nanti.
Aku berdehem. “Itu budak dua tahun. Bukan 12 tahun. Diulang yer dua tahun. Belum mumaiyiz lagi.” Tekanku sambil muka dah jadi ala serius-ustaz-don. Dah memang aku jenis suka budak-budak, Nabi pun suka kanak-kanak. Sampaikan aku pernah terdengar dalam cerita ustaz tentang sirah Nabi yang amat memuliakan kanak-kanak.
Nabi adalah manusia yang sangat harum. Wanginya badan Nabi lebih wangi daripada harum kasturi. Bila jumpa dengan kanak-kanak, Baginda akan gosok dan cium kepala kanak-kanak. Tengok mulianya tauladan yang Nabi tinggalkan. Bila kanak-kanak ini pulang ke rumah, ibu bapa kanak-kanak ini akan tahu bahawa Nabi telah mencium anak mereka kerana bau wangi Nabi itu melekat hingga sampai ke dalam rumah. Malah tidak hilang sampai berhari-hari.
Jadi, rasanya tak salah kalau aku mengikut sunnah yang itu. Memuliakan kanak-kanak. Jadi, apa masalahnya dengan tuan doktor di sebelah aku?
“Takut ibu dengan ayah dia marah pulak.” Erk… alas an yang gagal logik!
Terus aku mendengus kegeraman. Tak pernah lagi aku kena marah ker kena hamun ker dengan mana-mana ibu bapa yang anak mereka aku sentuh. Siap senyum lagi. Malah boleh berpeluk cium dengan ibu-ibu lagi.
On what reason?” aku kalau unsur-unsur amarah sedang bercambah dalam diri, bahasa penjajah yang aku gunakan. Tabiat sejak dulu lagi.
Tuan doktor dah tunjuk riak kurang senang. Mungkin sebab dia tak menyangka aku akan jadi begini serius. “Okey, Am salah. Jangan ambil hati yer.” Mulalah nak sengih-sengih. Huh, memang aku takkan nak ambil hati sesiapapun. Hati aku yang dah ada ni pun dah cukup!
Jeda. Mataku sudah menengadah ke langit. Kelip-kelip lampu daripada pesawat jelas kelihatan. “Nani, kalau Am nak tanya sesuatu boleh?” Perlu ker nak minta izin, desisku dalam hati. Selama ini, tak bagi izinpun dia redah tanya jugak.
Aku diam. Angguk tak gelengpun tak. “Nani, percaya pada cinta selepas bernikah?”
Pohon ilham jatuh daripada langit! Okey, kali ini aku cukup yakin. Ia adalah soalan yang menjurus ke arah penilaian bakal-bakal calon isteri saya. Rasa tegang tadi kian mengendur. Bila melihat wajah serba salah tuan dotkor, aku cuba untuk memaniskan wajah. Budi tuan doktor yang menyelamatkan aku itu masih lagi aku kenang. Kata orang hutang emas dibawa pergi, hutang budi dibawa mati. Tapi takkanlah sampai sanggup tergadai body!
Aku berdehem memberikan ruang selesa dalam anak tekak.“Cinta selepas bernikah. Itu cinta yang memaknakan cinta.” Tuturku dengan tenang tanpa memandang wajahnya.
Zapp... hati terasa terpanah dengan kata-kata sendiri.
Cinta selepas bernikah. Aku-Yeop Apez? Cinta sebelum bernikah. Khilaf diri! Padahal bukan ustazah tak pesan. Aku yang buat-buat hilang ingatan. Sudahnya, seronok yang dicari memakan diri. Memang patutlah cinta dulu bersepai! Hadir tanpa izin dan restu Ilahi! Bahana memakan diri!
“Nani...” Bila tuan doktor kembali menyapa, aku sekadar tersenyum.
“Percaya pada cinta pandang pertama?” Gulp! Jawab Nani jangan tak jawab!
Bibir berzikir. Mohon ilham dariNya. Aku tarik senyum segaris. “Pertama; cinta itu adakah kerana nafsu atau kerana Allah?”
Bibir tuan doktor mengukir senyum balas. “Jelaskan.” Rasa macam gaya nak menjawab soalan Pendidikan Islam pulak.
“Andai cinta kerana Allah, tandanya solat kita akan bertambah khusyuk bila kita jatuh cinta. Namun jika ia lebih mendorong ke arah maksiat, itu tandanya cinta itu adalah kerana nafsu.” Jangan buat ajaran sesat sudah Nani. Betullah tu jawapan aku. Teringat gaya tuan doktor bertanya macam dialog dalam filem Syurga Cinta pulak. Ek?
“Kedua?” tanya lelaki ini sebelum sempat aku menghela nafas.
Aku membetulkan duduk. “Mohon cinta itu kepada pemilik cinta.” Berhati-hati sungguh aku kala ini. Jangan tergelincir Nani.
“Dengan apa?”
“Doa.” Pendek tapi aku rasa tepat dah tu.
“Contoh?”
Bibir laju mengalunkan sepotong doa yang juga pernah aku letak dalam blog aku. Cuma belum berkesempatan untuk aku amalkan. Seruan untuk aku mengamalkan doa ni belum tiba. Itu alasan cik hati yang pernah terluka. Tapi, sebenarnya tak betul tu.
“ya Allah, Kurniailah aku cintaMu dan cinta orang yang cinta kepadaMu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepadaMu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) lebih aku cintai daripada air yang sejuk.”
Meluncur laju tanpa sekatan doa itu yang sememangnya sudah lekat di bibir. Tuan doktor tersenyum.
“Ketiga?” kali ini jarinya diangkat tiga kepada aku.
“Nikah. Pesan Nabi siapa bernikah maka separuh daripada iman telah dilunaskan. Hanya memerlukan separuh sahaja lagi.”
Catatan aku dalam blog kembali di ingatan;
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.” – Riwayat al-Bukhari-
Hadis yang kukuh dalam ingatan aku. Untuk mencari seseorang untuk kucintai kerana Allah. Dan aku benci dengan kesilapan yang pernah aku lakukan suatu masa dahulu. Tubir mata kian panas. Haish, jangan cari malu.
“Nani...” Jam ditangan aku kerling sepintas lalu. Sudah hampir Insya’. Nanti azan akan berkumandang. Seronoknya. 
“Kalau Am nak minta Nani buat satu perkara boleh tak?” pinta tuan doktor dengan lembut. Ahh, sudah! Jangan minta yang pelik-pelik yer tuan doktor.
“Am nak minta tempoh selama sebulan daripada Nani.” Aku telan liur. Riak muka yang jelas bertanyakan untuk apa aku pamerkan pada tuan doktor.
“Istikharah. Andai ke arah Nani, Am akan pinang Nani. Tapi, kalau Allah tunjuk ke arah lain...” putus ayatnya. Rahang sudah ke cecah rumput hijau Dataran Putra ni!
Permintaan apa namanya ni? Mana pernah dibuat orang aih! Terus terang ala lampu spotlight dekat dataran depan Maybank. Dan kala ini hati terus teringat sepotong doa yang sekian lama aku amalkan. Doa aku amalkan, Cuma istikharah belum lagi masuk senarai parti ibadah malam aku.
Ya Allah, jadikanlah bakal suamiku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah bakal suamiku dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.”
Cumanya… siapa bakal suami aku tu? Azan jelas kedengaran. Aku pandang wajah tuan doktor. Mohon satu jawapan. Bila matanya tiba-tiba bertembung denganku spontan mataku menjuling ke langit. Inikah calon suamiku yang dijanjikan?
Tiba-tiba bahuku dicuit. Tersentak dan aku kalih ke belakang.
Fida, Dijah dan Umi sudah pakat senyum-senyum penuh makna yang tersurat lagi tersirat. Aku tergamam! Alamak…kantoi!

1 comment:

  1. WC bce bab 8 yg belom edit dgn yg edit ni... yg edit ni bnyak ilmu dan panjang sket dr yg lame... WC suke =)

    habes la Nani terkantoi dgn kwn2 dia...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah blog ini.