BAB 3
“Makan dulu Sufi,” jerit Bonda padaku.
“Ala, lambat sudah ni Bonda,”
“Yelah, sekarang semua tak sudi nak makan. Membazir je Bonda masak. Lepas ni Bonda mogok, pepandailah kome cari makan,” nada orang merajuk jelas kedengaran.
Langkah aku terhenti di muka pintu. Memang tiada orang lain lagi. Hanya aku sahaja. Yang lain sudah bergerak menuju ke destinasi. Hanya aku yang terlambat sedikit, ini semua sebab berangan. Kalau ada Baba, senanglah. Ini Baba nun di utara, esok malam baru ada. Siapa lagi yang nak pujuk. Nak tak nak memang aku lah jawabnya. Ada yang tidur luar malam nanti. Kenapalah Bonda harus merajuk di saat aku terlambat.
“Hail ah Bonda yang Sufi sayang. Janganlah merajuk, cik Abang tiada nak memujuk ni. Tapi, anak cik Abang sayang Bonda ada, boleh kan,” aku mengenyit nakal pada Bonda.
Akhirnya aku kalah juga. Aku tarik kerusi. Sendukkan nasi goreng yang masih lagi panas-panas. Selesai makan, aku kucup tangan bonda.
“Eh, ada bau belacan la,”
“Budak ni...” belum sempat Bonda mencubit lengan aku, aku sudah di muka pintu sambil tersengih.
Rutin harian aku selagi aku bergelar pekerja terhormat di syarikat Pak Usu. Terhormat la sangat sampaikan aku kena pergi kerja dengan pengangkutan awam. Baba dan Along memang tidak pula mempelawa perkhidmatan percuma padaku. Kata Baba, hidup harus berdikari. Yelah Baba, ini memang berdiri atas kaki sendiri. Jarang benar dapat duduk. Boleh dibilang berapa kali. Sudahnya, berdirilah atas kaki sendiri sampai ke destinasi yang dituju. Kemahiran menyelit harus ada kalau tidak mahu ketinggalan. Memang la jarak dari stesen Daro' Keramat ke stesen Dang Wangi tidaklah mengambil masa yang lama, namun berebut-rebut dalam LRT tu cukup menyesakkan hidupnya. Macam-macam bau ada. Bau wangian semerbak, dan kekadang aku terfikir bahawa orang itu mandi wangian kot. Itu belum lagi ditambahrasa dengan bauan semulajadi a.k.a bau badan. Agak-agaklah, takkan nak beli diadoren pun kedekut. Dalam keadaan bersesak macam ni, macam-macam perkara boleh jadi. Seluk saku. Gangguan seksual. Gangguan seksual? Tetiba mukaku terasa panas, ada tangan yang melekap di bahagian belakang aku!!! Ya Allah...
Dalam hadis Rasulullah SAW banyak diterangkan tentang cara mengatasi sifat marah ini. Diantaranya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Marah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri maka hendaklah duduk, dan bila sedang duduk hendaklah bersandar atau berbaring".
Dalam keterangan lain juga disebutkan jika kita dalam keadaan marah maka syaitan telah meniup api kemarahnnya, untuk meredakannya maka berwuduklah, dengan cara itu api kemarahan akan terpadam.
Dalam keterangan lain juga disebutkan jika kita dalam keadaan marah maka syaitan telah meniup api kemarahnnya, untuk meredakannya maka berwuduklah, dengan cara itu api kemarahan akan terpadam.
”Apalah agaknya nak jadi dengan masyarakat sekarang ni. Samun rogol dah jadi macam perkara biasa. Kalau nak samun tu, ambil je lah. Kemudian nak rogol-rogol pula. Kesian. Kita ni orang perempuan kalau hilang barang walau beribu pun nilainya tak apa, jangan sampai hilang aset kita yang satu tu.” ceramah pagi daripada Puan Hasanah. Ceramah ala mak-mak kaedahnya.
Suara Puan Hasanah yang ala-ala dramatis Wan Maimunah jelas kedengaran di halwa pendengaran aku. Terasa juga aku ingin menambah perisa tetapi hendak mengangkat muka daripada menatap fail-fail ini pun susah aku rasakan. Andai fail ini manusia, mahu agaknya dia mengajak aku kahwin. Isu semasa yang memang penting tetapi timbunan fail di atas meja aku ini lagi penting aku rasa. Sangat-sangat penting. Nanti Encik Muaz Farhan mengamuk bagaikan singa jantan dipisahkan dengan singa betina. Sangat hiperbola rasanya.
Aku tidak mahu kisah semalam berulang lagi. Kali ini aku beralah. Mengundur bukan bermakna salah. Kisah semalam, Encik M.F a.k.a Jurutera Perah-Santan telah didatangi angin kus-kus. Kertas cadangan yang aku sediakan dengan bersengkang mata 2 malam tiba-tiba ada sayap, melayang kemudian tersadai di dinding. Flying file! Agak-agak dinding tu boleh membaca kot. Ditambah dengan mood aku yang sudah tidak tenang, memang agak ribut jugak pejabat Pak Usu.
"Aku suruh kau kemaskinikan proposal yang dah siap. Yang kau memandai nak ubah 100 % proposal tu sapa suruh?! Kalau tak reti, ringankan mulut tu bertanya. Ini tidak menyusahkan orang saja."
Amboi, cantiknya bahasa.
”Tapi, saya Cuma perbaharui je kertas cadangan ni. Rekabentuk yang kita boleh upgrade, yang lama dah tak efisien.” aku cuba untuk mempertahankan tindakan aku. Jadi jurutera kena pandai pertahankan hujah, bukan peguam sahaja tau. Kalau tidak senang-senang sahaja rekabentuk kita diperkotak katikkan orang. Nak nak orang yang macam Muaz Farhan.
Mataku masih tertancap pada satu nota sisipan Baba yang aku lekadkan di hadapanku.
Dalam hadis Rasulullah SAW banyak diterangkan tentang cara mengatasi sifat marah ini. Diantaranya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Marah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri maka hendaklah duduk, dan bila sedang duduk hendaklah bersandar atau berbaring.”
Dalam keterangan lain juga disebutkan jika kita dalam keadaan marah maka syaitan telah meniup api kemarahnnya, untuk meredakannya maka berwuduklah, dengan cara itu api kemarahan akan terpadam.
Kerana itu amarah aku masih boleh dikawal. Tetapi, dinding kawalan amarah aku ni rapuh sangat. Tambah-tambah lagi apabila ada yang sudi menaikkan tekanan amarah ini.
Sabar Sufi Amani. Sabar. Astaghfirullah.
”Jangan nak memandai. Kau tu orang baru.” Wah, status aku orang baru pula yang dipertikaikan. Ini sudah melampau.
”Baru ke lama ke, yang penting mutu kerja. Harap kerja je lama tapi kualiti entah ke mana tak guna jugak,”
”Kau mengata aku.” Muaz Farhan membulatkan matanya. Ingat aku takut.
”Siapa makan cili dialah terasa pedasnya,” Hilang melayang Sufi Amani yang sopan. Aku teringat entri terbaru Aina Emir, antara penulis kesukaan aku. Tentang lelaki tolol. Ya, di depan aku sekarang ada seorang.
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. Itu lebih baik daripada aku berterusan melayan amarah Muaz Farhan. Entah apa kena dia hari ni, bulan mengambang kot. Dah la aku sampai lewat ke opis, terus je kene sembur. Tangan aku masih terasa sakit. Sekarang suara Muaz Farhan sudah semakin perlahan, yang aku dengar adalah suara mengerang seorang lelaki India.
Nah, rasakan. Itulah padahnya jika menyalahgunakan tangan yang satu.
Peristiwa pagi tadi kembali terlayar. Dengan sekuat hati, aku menyinggung dengan siku ke perut yang empunya tangan itu. Kaki aku hentakkan sekuat mungkin di atas kaki lelaki itu. Terdengar lelaki itu mengerang. Beberapa orang yang lain cuba untuk meleraikan. Prihatin sungguh rakyat malaysia ni rupanya! Merayu lelaki india itu meminta maaf daripada aku. Kalau boleh aku ingin memanjangkan perkara itu sehingga kepada polis. Namun, melihat pada wajah yang sedang berkerut menahan kesakitan dan menangis itu, hati aku lembut seketika. Dan aku tersenyum puas kerana berjaya mengajar orang gatal tak tau jaga tangan itu.
"Susah betul la cakap dengan batang kayu ni, boleh dia dok senyum sorang-sorang," eh, awat ada suara Muaz Nazhan pulak?! Kenapa Muaz Nazhan wujud dalam drama tadi? Dia ker hero yang sepatutnya datang melanyak watak jahat? Dia kah...
Pang!!! Bahu aku terasa perit dan selebihnya aku hanya menadah telinga mendengar bebelan Muaz Nazhan.
"Susah betul la cakap dengan batang kayu ni, boleh dia dok senyum sorang-sorang," eh, awat ada suara Muaz Nazhan pulak?! Kenapa Muaz Nazhan wujud dalam drama tadi? Dia ker hero yang sepatutnya datang melanyak watak jahat? Dia kah...
Pang!!! Bahu aku terasa perit dan selebihnya aku hanya menadah telinga mendengar bebelan Muaz Nazhan.
"Aku nak fail projek kat Nilai bukannya yang ni, ko ni pekak ke hapa,"
Melayang lagi fail tu ke dinding...akhir akhir ni, kes flying fail selalu terjadi. Kesian tengok Razif, merah padam muka dia menahan malu. Hari ni, Muaz Nazhan mengamuk dekat semua orang dalam pejabat. Kecut jugak perut aku. Entah kenapa, akhir-akhir ni selalu sangat dia naik angin. Nak kata datang bulan, sahih la aku tersalah spesies. Habis dengan Razif, teman serumah a.ka. kawan baik pun kena hamun apatah lagi kami yang tak berapa nak kawan baik ni, lagilah teruk.
Melayang lagi fail tu ke dinding...akhir akhir ni, kes flying fail selalu terjadi. Kesian tengok Razif, merah padam muka dia menahan malu. Hari ni, Muaz Nazhan mengamuk dekat semua orang dalam pejabat. Kecut jugak perut aku. Entah kenapa, akhir-akhir ni selalu sangat dia naik angin. Nak kata datang bulan, sahih la aku tersalah spesies. Habis dengan Razif, teman serumah a.ka. kawan baik pun kena hamun apatah lagi kami yang tak berapa nak kawan baik ni, lagilah teruk.
Aku ni memang jenis yang tidak boleh membuat kerja dalam suasana yang sunyi sepi. Terasa macam terasing dekat tanah perkuburan. Memang otak tak akan berfungsi. Jadinya, kaedah yang paling signifikan adalah melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan mendengar lagu. Dan lagu kesukaan aku adalah yang rancak. Baru otak terasa kembang kuncup, akhirnya idea akan terhasil.
”Adoi,” aku tersentak apabila merasakan head phone di atas kepalaku ditarik kasar orang. Manusia atau jadian. Belum sempat berfikir, wajah Muaz Nazhan yang aku terlihat bila aku pusing belakang dengan muka yang tidak puas hati.
”Hang ni pasai pa,”
”Nak dengar lagu, p la disko. Nak buat kerja, buatlah cara nak buat kerja. Eh lupa pulak aku, kau ustazah. Mana boleh masuk disko. Haram” Mata Muaz Nazhan terbeliak sambil tersenyum sinis. Wah, ini sudah lebih. Serasa macam aku tengah berhadapan dengan penjenayah perogol bersiri pula. Ingat aku takut. Kalau dulu boleh, sekarang jawapannya tak mungkin.
”Eh, Encik Muaz Nazhan a.k.a Jurutera Perasan, ini hak saya lah. Saya nak dengar lagu ka, nak tungging terbalik ka. Dah ini cara saya buat kerja, kau apa susah,” aku membalas. Lebih kepada mempertahankan diri sebenarnya.
”Yang kau melalak tu, apasal,” aku terdiam. Bila masa pula aku melalak. Lelaki ini, kalau dia dah benci, hal yang tak ada pun akan diadakan.
”Orang lain tak bising yang engkau bising tu awat?” aku sudah nekad. Apa nak jadi pun jadilah.
”Aku nak buat kerja..”
”So, what?” aku memintas cakapnya lalu tersenyum sinis padanya. Aku macam nak balas dendam je kat lelaki ni. Suka hati dia je nak jerkah, marah orang. Ingat orang lain tak da perasaan. Dia terdiam.
Tindakan reflex daripada Muaz Nazhan. Belum sempat aku kelipkan mata, headphone kesayangan aku sudah lumat dipijak oleh Muaz Nazhan. Kemudian dia berlalu sambil tersenyum. Tanda dia berpuas hati. Tanpa dia sedar, ia mengundang amarah di tahap maksima pada aku. Ya aku, wanita bernama Sufi Amani.
Bonda...Tubir mataku bergenang.
Entah dari mana datangnya kekuatan, aku meluru pada Razif, satu penumbuk padu aku lepaskan. Tepat mengenai mukanya. Ya, di luar kawalan aku.
Tiba-tiba pipiku terasa perit, ada tangan yang melekap dan akhirnya pandangan aku berpinar-pinar dan kelam.












